Tags
Subcategories
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Kerana rindukan kawan-kawan yang sudah membawa haluan masing-masing, Zahid merancang program reunion di sebuah pulau.
Sufi merupakan Pengarah Urusan bagi Persatuan Usahawan Muda (P.U.M). Namun, kedudukannya tergugat apabila dia perlu lulus semua subjek pada Peperiksaan Pra Percubaan SPM yang tak sampai sebulan lagi jika dia ingin menguruskan Karnival P.U.M.
Hari pertama di sekolah tadika! Safee sungguh bersemangat dan tidak sabar-sabar mahu ke sekolah. Sebelum ayam berkokok Safee sudah bangun dan bersiap-siap dengan pakaian seragam barunya. Tetapi, siapa yang mahu menghantar Safee ke sekolah? Abah belum bangun!
Pemilihan angkasawan untuk Ekspedisi ke Marikh bermula! Namun, ia adalah pilihan yang sangat sukar kerana Fizi diminta menandatangani surat wasiat andai mati ataupun tidak dapat kembali ke Bumi.
Habislah! Saya ada terbuat sesuatu di sekolah, dan Bob sangat marah pada saya! Tidak kenal Bob? Dialah murid paling samseng di sekolah .... Bukan, di seluruh dunia!
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-6 (CKOM6) pilihan juri dan editor. Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-6 (CKOM6) pilihan juri dan editor. Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar.
Antologi Komik-M yang menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2018) dengan tema tentera. CKOM adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh portal komik Malaysia, MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M.
Antologi baru Komik-M yang menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2017) dengan tema sukan & permainan. CKOM adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh portal komik Malaysia, MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M.
Penulisnya yang tidak asing lagi dalam arena komik Malaysia, Nik Wafdi atau Nik. Sementara ilustrasi komiknya dilukis oleh Tuan Alif Firdaus Azis, seorang ilustrator dan animator hebat bertaraf antarabangsa. Kolabrasi mantap mereka ini menghasilkan komik hebat; “Macam Ni Lah Akhlak Nabi!”
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Hidup Arab! Jatuh Turki!Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza. Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.
"Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah? Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?"
"Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku - Yahudi, dan negara itu ialah Palestin."