Anak tak seronok nak belajar? Ini Idea memupuk semangat ingin tahu anakPKP ini, kita mungkin terfikir ada tak cara yang boleh bantu anak supaya rasa seronok nak explore, nak tahu sesuatu. Memupuk curiosity ni sangat penting, sebab anak nak belajar ni, lama. Jangan bergantung pada buku sekolah sahaja. Ada beberapa cara kita boleh buat secara berkala (maksudnya kita biasakan). Ayat terakhir artikel ini paling kena ingat.
Jangan matikan soalan mereka.
Setiap hari, anak-anak yang sedang membesar pasti mempunyai seribu satu soalan. Melayan sebuah pertanyaan, boleh melahirkan pelbagai soalan tambahan lagi. Malah, boleh membawa kepada sebuah perbualan yang panjang. Jadi pastikan anda tidak mematikan soalan mereka. Sungguh saya suka moment ini dan saya pasti akan rindu.
Berikan perhatian
Saya sedari, persoalan yang membawa kepada perbualan dengan anak-anak menjadi rancak, bermakna, apabila saya fokus melayan pertanyaan mereka. Mana yang saya tahu, saya akan jawab. Mana yang tak tahu juga, saya akan bagi opinion dan saya bagitau, Mama kene explore lagi pasal ini sebab belum tau.
Pupuk Seronok Berfikir
Semangat berfikir dan nak bertukar fikiran nak cari jawapan ini, menyeronokkan, bila guna cara yang best dan pelbagai. Semestinya ada pendapat yang benar, yang salah. Di sini, proses menerima, mencari dan berbincang itu adalah proses yang mahal kerana inilah perjalanan melahirkan semangat ingin tahu yang tinggi. Selain melayan soalan-soalan anak melalui perbualan, curiosity, boleh dipupuk dengan pelbagai cara lain juga.
Dedahkan sebanyaknya dengan nature.
Memberi ruang anak menerokai alam, membantu mereka ingin tahu seribu satu persoalan. Cuba bawa ke pelbagai tempat berbeza. Contohnya, ke sungai, ke taman, ke pantai, farm, tangkap ikan, petik buah, tanam sayur, dan lain-lain. Antara yang sangat menarik bagi keluarga saya adalah bawa anak-anak ke kawasan gunung berapi .
Izinkan mereka mencuba
Di waktu lain, kita boleh wujudkan masa untuk anak mencuba sesuatu yang baru. Tak perlu mahal , tetapi bermakna. Anak saya suka mencuba experiment di YouTube. Kadangkala dia ingin mencuba buat resepi di TV dan kami biarkan anak yang mengetuai arahan membuatnya. Saya sebagai assistant. Di sini, untuk memastikan berjaya, anak saya akan berusaha semak balik resepi dan ajar saya dan berbincang dengan kami. Untuk menjayakan proses ini, mereka mencari maklumat dengan gembira sekali. .
Gunakan buku yang ilustrasi menarik
Saya juga menggunakan buku yang menarik sebagai perantara. TAPI, jangan berhenti disitu dan mengharap atau mengurus anak baca. Ia akan jadi pembaziran sekiranya tidak diurus. Bagi anak yang diantara proses dari belum membaca hingga independent readers, teramat bagus proses ekplorasi ini dibantu oleh orang yang lebih dewasa sebagai fasilitator yang boleh mengupas kontennya. Sama juga kisahnya dengan permainan atau apa-apa bahan aktiviti. Value sesuatu bahan biasanya paling mahal pada fungsinya. Untuk buku, apabila anak tidak mengetahui fungsinya, mereka mungkin tak belek buku atau tak guna sesuai tujuannya. Kitalah yang bantu lorongkan.
Cari buku macam Ensiklopedia
Antara contoh buku yang sangat menarik, adalah USBORNE Books, yang sesuai digunakan bersama anak untuk menambah semangat ingin tahu mereka. Siapa tak pernah cuba buku ini, boleh try. Buku macam ni, bukan untuk anak tadika je tau. Oh no no… Anak sekolah rendah pun sangat perlu. Tak best kan kalau anak belajar tapi dia tak rasa nak tahu lebih. So, buku buku yang interaktif ni sangat memainkan peranan.
Eh, sekarang dah ada documentary, YouTube.. Itu juga sudah tentu bagus juga. Tapi bahan berbentuk buku ini ada peranan besar pada anak. Di saat anak sangat banyak screen time, kita boleh jadikan ia sebagai aktiviti yang bukan screen time. Ia membantu anak untuk fokus, bantu bonding Time dan yang penting juga adalah kefahaman anak dalam sesuatu perkara. Tak best kan kalau anak belajar tapi dia tak enjoy.
Bagi yang cari buku USBORNE yang Original, saya ulang ORIGINAL TAU. boleh cari di SINI. Ada tawaran beli kombo 3 buku dapat Exclusive Button Jute Bag lagi.



“Curiosity is the engine of achievement.” Ken Robinson
“The important thing is not to stop questioning.
Curiosity has its own reason for existing.” Albert Einstein
“When you’re curious you find lots of interesting things to do.” Walt Disney
P/s: Salah satu cara kita tanpa disedari mematikan soalan mereka adalah bila kita selalu tak bagi respon pada mereka:(.