Anda perasan tak, komik adalah antara pancingan yang berkesan untuk memupuk kesukaan membaca?
Antara sebabnya adalah ia santai, banyak berkait dengan realiti, menyeronokkan dan engaging. Saya kongsikan beberapa siri yang menarik untuk pertimbangan ibu bapa
Semasa di sekolah, pelbagai perkara lucu berlaku. Kelucuan ini dilakarkan dalam Siri Lawak Budak Sekolah. selepas satu buku, anak saya akan ambil lagi buku sambungannya. Kadang tiada sambungan, tetapi dari penulis yang sama dan lukisan yang hampir sama. Ia amat membantu mereka untuk memupuk minat dan fokus.
.
Melalui komik Lawak Budak Sekolah juga, anak-anak belajar memahami konteks. Bukan semua lawak senang difahami. Ada yang pboleh di bincang bersama ibu bapa. Ia proses menarik kerana anak tidak membaca melulu, sebaliknya, membaca dan memahami. Maka, ia jadi medan mendidik yang baik tanpa paksa.

Komik SIRI Super SAFEE ini adalah contoh komik yang memupuk semangat kesungguhan dan kesukanan dengan cara yang santai. Secara lumrahnya, ramai kanak-kanak sukakan aktiviti yang berlari sana-sini. Semangat kesukanan apabila dijalinkan menjadi sebuah kisah bersiri, ia amat menyeronokkan. Ia menjadi motivasi dan memupuk persaingan yang hebat. Disiplin diri, persahabatan, kesungguhan, menjadikan buku ini banyak manfaat kepada anak.
Ada kalanya kita buntu bagaimana nak memberi kefahaman kepada anak dalam sesuatu perkara. Penyampaian melalui Komik SUPER SAFEE, boleh menjadikan sesuatu yang sebenarnya berat, dapat disampaikan dengan lebih baik. Ia ibarat jarum halus, yang menusuk pemikiran seseorang dengan visual mudah dan santai.
Komik Mini Gaza berpotensi memberi gambaran dan simplify sesuatu yang panjang lebar dan berat kepada sesuatu yang ringkas dan bahasa yang di fahami. Kesedaran tentang isu Palestin perlu diusahakan dari kecil. Ini kerana ia tidak datang bergolek. Maka ia perlu bertahap, sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.
Konsep penceritaan kehidupan kanak-kanak di Gaza yang digunakan melalui Siri Komik Mini Gaza ini adalah pendekatan yang kreatif. Ia di selitkan dengan banyak fakta sejarah. Pendekatan Storytelling dalam mengenangahkan sejarah serta mewujudkan karekter dalam komik ini, menjadikan ia tidak bosan. Kesedaran bukan datang dengan paksa-paksa. Ia mudah hadir dengan penghayatan
Komik Ultra Qalif adalah mengenai seorang kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai imaginasi tinggi. Dengan kuasa luar biasa ini, anak ini menggunakannya untuk kebaikan. Ia sangat dekat dengan kanak-kanak yang sukakan siri animasi seperti Bobiboy. Ia bukan sekadar cerita. Tetapi, banyak nilai yang kanak-kanak boleh pelajari dari Siri Ultra Qalif ini.
Pernah tak anda alami, sesuatu perkara disampaikan banyak kali oleh anda, tidak diikuti oleh anak atau anak murid anda, tetapi, apabila dilakukan orang lain, jadi pula. Ya, sesuatu perkara itu, pendekatannya tak sama bagi semua orang. Atas pelbagai sebab, bukan semua kanak-kanak yang boleh berikan tumpuan penuh di dalam kelas. Justeru, komik seperti Siri Ultra Qalif ini, menjadi perantara minat anak terhadap sesuatu pelajaran
Anda ada banyak tips belajar nak kongsikan pada anak? Siri Komik Misi amat sesuai untuk bantu anda. Ada orang, tak suka mendengar ceramah yang panjang. Ada orang, suka dengar tetapi lupa pula. Sesuatu konsep, apabila tidak difahami, ia menjadi sukar diaplikasikan. Tetapi, apabila dimasukkan dalam penceritaan, beserta ilustrasi, konsep itu mudah dijalinkan, anak dapat memahami konteks dengan lebih baik. Malah dapat mengaplikasikannya di banyak tempat dan permasalahan.
Disinilah bagaimana Komik MISI membantu meringankan masalah ini. Kanak-kanak dapat membaca cerita, dalam masa yang sama dapat tips belajar, motivasi belajar, malah ia dapat dibaca berkali-kali. Komik Misi boleh dijadikan sebuah pendidikan nilai menjadi menarik.
OK, sekian sahaja perkongsian dari saya. Adakah perkongsian ini membantu anda? Adakah anak-anak anda dah baca buku di atas? Sekiranya nak beli buku di atas, boleh dapatkan di https://naluriparentingcafe.com/shop. Setiap pembelian RM 80 ke atas, anda dapat FREE SHIPPING ke lokasi di Semenanjung Malaysia!