Ish, Betul ke Komik Tidak Bagus?

Semasa kecil, saya suka membaca beberapa genre buku. Salah satunya adalah komik. Saya akan membacanya bergantian dengan beberapa adik beradik lain yang meminatinya juga. Seronok kami membacanya, kadang kami bertukar cerita yang kami baca.

Apabila anak saya sudah memasuki alam sekolah rendah, saya mula membeli komik. Saya dapati , untuk anak saya, komik adalah antara pancingan yang berkesan untuk memupuk kesukaan membaca. Antara sebabnya yang saya nampak adalah ia santai, banyak berkait dengan realiti, menyeronokkan dan engaging.

Siri Komik Lawak Budak Sekolah adalah contoh komik yang sangat santai, mampu menceriakan pembacanya.

Selepas satu buku, anak saya akan ambil lagi buku sambungannya. Kadang tiada sambungan, tetapi dari penulis yang sama dan lukisan yang hampir sama. Ia amat membantu mereka untuk memupuk minat dan fokus. Sekali-sekala, mereka akan bertanya saya perkataan-perkataan yang mereka tidak faham. Atau situasi-situasi di dalam komik yang mereka tidak faham konteksnya.
.
Proses ini membantu saya dan anak saya belajar memahami konteks. Saya suka proses ini kerana saya tahu anak saya tidak membaca melulu, sebaliknya, membaca dan memahami. Selain dari itu, perkara yang disentuh juga, bila difikirkan semula, mungkin saya juga tak terfikir untuk berbincang dangan anak. Maka, ia jadi medan mendidik yang baik tanpa paksa.

Siri Komik Super Safee adalah contoh komik yang memupuk semangat kesungguhan dan kesukanan dengan cara yang santai

Anda perasan tak, ada kalanya kita buntu bagaimana nak memberi kefahaman kepada anak dalam sesuatu perkara. Penyampaian melalui Komik boleh menjadikan sesuatu yang sebenarnya berat, dapat disampaikan dengan lebih baik. Ia ibarat jarum halus, yang menusuk pemikiran seseorang dengan visual mudah dan santai.

Apabila saya sudah dewasa, sekiranya saya membaca buku, dan buku itu mempunyai lukisan komik, saya mendapati saya akan mencari komik-komik ini dahulu, sebelum saya mendalami isinya. Jadi, komik berpotensi memberi gambaran dan simplify sesuatu yang panjang lebar dan berat kepada sesuatu yang ringkas dan bahasa yang di fahami

Konsep penceritaan yang digunakan melalui komik adalah bukan pendekatan yang baru. Storytelling adalah pendekatan yang digunapakai untuk educate segenap lapisan masyarakat. Kesedaran, bukan datang bergolek, betul tak? Kesedaran juga bukan datang dengan paksa-paksa. Ia mudah hadir dengan penghayatan

Jadi mengapa ada orang mengatakan ia tidak bagus? Memang ada komik yang bahasanya tidak baik. Ada juga bahasa yang sangat ‘pasar’ yang tidak sesuai digunakan. Kadangkala ada yang menyatakan ia bagus kerana memudahkan pelajaran. Akan tetapi, sekiranya bahasanya adalah bahasa kesat, ia tetap tidak baik. Ada juga komik yang membuat lawak keterlaluan, yang pada pendapat saya, ia tidak sesuai menjadi bahan lawak. Contohnya mengejek nama orang atau merendahkan perempuan. Inilah yang mencemari kebaikan komik.

Siri Misi Solat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai solat dan adab seorang muslim

Apa yang boleh kita lakukan sebagai orang yang lebih dewasa, adalah anda boleh perhatikan dahulu contoh bukunya dan lihat bagaimana susunan bahasa dan jalan ceritanya. Selain dari itu adalah sangat baik sekiranya dapat berbincang dan memilih bersama dengan anak, komik yang mana yang mereka gemari dan sesuai dengan kefahaman mereka. Ini kerana ada pelbagai versi komik. Apabila anak tidak suka satu jenis, tak semestinya dia tidak suka semua. Boleh jadi satu jenis sahaja yang tak suka, 5 jenis lagi anak suka. Juga, minat ini hadir dengan waktu. Katakan waktu umur 7 tahun, anak belum minat, tetapi apabila sudah 9 tahun, minat pada kamik mulai tumbuh

Siri Komik Malaysia memandu kanak-kanak mengenali & menyayangi MALAYSIA

Komik adalah sebuah pendekatan kreatif dalam mendidik terutama kapada kanak-kanak. Atas pelbagai sebab, bukan semua kanak-kanak yang boleh berikan tumpuan penuh di dalam kelas. Justeru, komik menjadi perantara minat anak terhadap sesuatu pelajaran.

Pernah tak anda alami, sesuatu perkara disampaikan banyak kali oleh anda, tidak diikuti oleh anak atau anak murid anda, tetapi, apabila dilakukan orang lain, jadi pula. Ya, sesuatu perkara itu, pendekatannya tak sama bagi semua orang.

Ada orang, tak suka mendengar ceramah yang panjang. Ada orang, suka dengar tetapi lupa pula. Sesuatu konsep, apabila tidak difahami, ia menjadi sukar diaplikasikan. Tetapi, apabila dimasukkan dalam penceritaan, beserta ilustrasi, konsep itu mudah dijalinkan, anak dapat memahami konteks dengan lebih baik. Malah dapat mengaplikasikannya di banyak tempat dan permasalahan. Disinilah bagaimana komik membantu meringankan masalah ini. Kanak-kanak dapat membaca cerita, dalam masa yang sama dapat tips belajar, panduan berguna. Malah ia dapat dibaca berkali-kali.

Siri Komik Misi banyak memandu pembaca dengan tips dan strategic belajar, memupuk semangat mencapai cita-cita

Selain dari itu, kanak-kanak meraikan pelbagai cerita berbentuk imaginasi. Tak salah meraikannya selagi nilainya tidak bertenangan. Sepertimana siri animasi terkenal Bobiboy, Upin Upin dan Agent Ali yang mendapat sambutan ramai, siri sebegini dalam bentuk komik dapat digabungjalin dengan pelbagai nilai yang baik yang boleh kanak-kanak pelajari.

Malah ia boleh menjadikan sebuah pendidikan nilai menjadi lebih menarik. Sebagai ibu bapa atau pendidik, anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang isi buku tersebut. Ia boleh jadi pelbagai diskusi. Bergantung pada tahap kefahaman anak. Tidak hanya itu, perbincangan boleh jadi mencipta pengakhiran carita yang baru atau pelbagai diskusi tentang karekter dan situasi yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Siri Ultra Qalif adalah contoh siri yang amat mendapat sambutan ramai dan meraikan imaginasi kanak-kanak.

Kesimpulannya, komik mempunyai kebaikan dan sesetengahnya ada juga kekurangan yang tersendiri. Bijak memilih akan membantu mendapat faedah yang lebih baik. Anda nak cari komik BERFAEDAH untuk anak-anak? Anda boleh cari di sini: https://naluriparentingcafe.com/shop . Ada lebih dari 20 komik di sini.

Recommended Articles

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?