PKP hadir dengan kejutan ramai ibu bapa perlu bekerja dari rumah. Anak-anak pula tidak dapat hadir ke sesi persekolahan. Apa aktiviti anak-anak boleh buat dirumah? Banyak sebenarnya. Antara perkara paling utama adalah lihat aktiviti apa yang praktikal dan selamat untuk situasi masing-masing.
Jangan terus ingin buat apa yang orang lain buat tanpa membuat pertimbangkan untuk keluarga sendiri. Di sini, kami sertakan beberapa idea aktiviti apa yang boleh dilakukan bersama anak di rumah.
Bagi anak yang sudah bersekolah rendah, anda boleh bincang kan apa yang mereka minat. Apa bahan yang sudah ada, dan yang perlu di beli. Berbincang memberi ruang kepada anak meneroka dan menghargai minatnya sendiri. Ini membantu mereka untuk kekal fokus apabila menyiapkan kerja atau aktiviti berkaitan, kerana ia adalah memang minat mereka.
Bagi anak yang memerlukan bantuan dan perhatian lebih dari ibubapa pula, pastikan kita membuat sesuatu yang sesuai dengan keadaan kita. Ada sangat banyak aktiviti yang mudah-mudah tetapi sangat menarik. Banyak juga yang hanya memerlukan bahan sedia ada di rumah sahaja.
Istimewa tak semestinya mahal, susah, dan lama. Istimewa bagi anak, boleh jadi, aktiviti yang bermakna untuk mereka lalui bersama ibu ayah. Perhatian, tutur kata kita semasa beraktiviti adalah amat berharga. Percayalah ia akan menjadi sebuah kenangan buat mereka, insyaAllah

