Membina Generasi Hebat, Bermula dari Rumah

Di saat kita risau-risaukan tentang drama-drama dan media yang boleh mempengaruhi anak-anak, jangan lupa untuk fokus drama-drama dalam rumah juga. Mereka ini memberi kesan langsung kepada anak. Kedekatan emosi, pengalaman realiti yang di lalui sendiri oleh seorang anak, adalah amat mempengaruhi bagaimana mereka bertindak.

Drama dalam rumah, biar dia jadi drama terindah buat anak. Pemain drama nya adalah ibu ayah, anak-anak, Atuk, nenek, saudara mara.

Pemain-pemain drama yang disebutkan di atas adalah insan insan penuh makna buat anak. Minda separa sedar mereka bukan sahaja akan ingat drama kisah manis, tetapi drama kisah pahit yang mereka rasai dan lihat sendiri.

Itu semua drama kisah benar. Bukan setahun dua putaran drama itu tetapi setiap hari hingga akhir hayat. Kalau setahun ada 365 hari, kalau 10 tahun dah jadi 3650 kali anak kita tonton drama Kita. Kalau 20 tahun, sekitar 7300 kali drama Kita. Kalau dah sebanyak itu, Pelakon drama tak boleh tipu penonton dah pribadi sebenarnya. Kerana mereka merasai impak baik dan impak buruk.

Saya terkesan dengan sebuah buku pengurusan oleh Brian Triacy. Buku ni sebenarnya tentang bagaimana mendapatkan engagement dari ahli pasukan kita. Saya terinspirasi dengan point-point beliau yang banyak mengaitkan kesan pengalaman masa kanak-kanak seseorang terhadap persepsi dan tingkahlaku bila dewasa dan berurusan kelak.

Point ini beliau ketengahkan agar kita dapat FAHAM mengapa ahli pasukan kita ada bertindak dan berfikiran berlainan dari apa yang kita inginkan.

Antara pointnya ialah :

1. Pola kebiasaan suka menghalang
Seorang anak yang ibu ayahnya suka menghalang dan banyak tak boleh, lama-lama anak menanamkan bahawa dia tak mampu, tidak mampu, tidak mampu. Sekiranya ini menjadi kebiasaan, anak akan takut mencuba sesuatu yang baru kerana takut salah. Apabila besar, menyebabkan individu tersebut takut untuk cuba sesuatu yang baru kerana takut ia tak berhasil, takut kemungkinan kegagalan.
.
Berhadapan dengan ini, ketua pasukan perlu meneutralkan perasaan takut gagal, pola kebiasaan yang negatif yang meyebabkan kerja terhalang dalam diri orang yang dipimpin. Jelaskan tiada hukuman akan dikenakan sekiranya task tersebut tidak berjaya. Anggapkan juga kegagalan adalah satu pengalaman pembelajaran dan fokus masa hadapan
.
2. Pola kebiasaan negatif dan kompulsif
Ia terjadi apabila ibu bapa bertindak menahan tingkahlaku anak tanpa kasih sayang dan pujian. Ini sering terjadi apabila ibu ayah ingin memperbetulkan kesalahan anak dengan cepat dengan cara kekerasan dan amarah. Anak, apabila cinta dan pujian sering terhalang dan berterusan, anak akan jadi individu yang gelisah dan takut. Pola kebiasaan ini menjadikan anak hipersensitif terhadap pandangan orang.
.
Berhadapan dengan situasi begini, dalam dunia kerja, seorang ketua boleh mewujudkan sebuah lingkungan yang mana, orang rasa bebas untk berdiskusi, setuju, tidak setuju dan mengeksperimen pandangan mereka. Hal ini akan stimulate idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam pasukan. Ketika ada ahli pasukan telah membuat satu kesilapan, fokus pada solusi.

3. Ketika ibu bapa bertindak mengulangi pengalaman buruk mereka.
Ketika ibu bapa tidak berhati-hati dan penuh kesedaran untuk membuat perubahan, ibu bapa akan cenderung untuk mengulangi bagaimana ia diperlakukan semasa kecil kerana tiada contoh dan rujukan solusi yang lain dan itulah yang dilihatnya normal. Akhirnya anak mendapat kesannya dan berterusan sekiranya ia tidak diberhentikan
.
Huh, ini menyebabkan saya termenung sejenak, betapa pentingnya dan besarnya impak apa yang kita cakap, bertindak, terhadap anak kita. Ia semua ada dalam minda separa sedar mereka.
.
Amat beruntunglah dan bertuahlah apabila anak mendapat pengalaman hidup yang positif daripada ibu ayahnya. Jom kita berusaha sedapa kita untuk jadi begini. Akan tetapi, bagi yang telah berlalu dengan drama yang buruk, ini juga bukanlah penyebab untuk kita bersedih berterusan. Break the cycle! .
.
Apa yang lebih penting ialah mematikan rantaian ini sebelum ia mempengaruhi orang lain pula dan generasi akan datang. Bukan sahaja mematikan rantaian ini dalam ahli keluarga kita tetapi sekiranya kita membantu dengan contoh, ilmu dan kesedaran yang kita ada pada keluarga lain, mudah-mudahan lebih ramai anak yang membesar dengan jatidiri yang jauh lebih baik dari kita.

Membina generasi hebat bermula dari rumah!

Recommended Articles

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?