Ada Apa Pada Anak 3 Tahun

Setiap anak adalah berbeza tetapi berbaloi kita kenal mereka dengan detail.

Kenapa perlu kenal dengan detail? Apabila kita benar-benar kenal mereka, barulah kita dapat lihat aktiviti apa yang masuk dengan mereka dan membantu perkembangan mereka. Kadang-kala, kita membuat aktiviti untuk memenuhi masa tersebut tanpa mengambil kira umur mereka, minat mereka, kemampuan mereka. Ini menyebabkan kita akan cepat frust kalau outcome nya tidak seperti kita jangka.

Fokus anak 3 tahun adalah sekejap. Jadi, satu-satu aktiviti melibatkan anak ini memadai plg lama 15 minit DAN menarik. Menarik tak semestinya susah, complicated. Di sini datangnya membina semangat ingin tahu dan ingin mencuba. Inilah pengikat kepada mencari aktiviti menarik

Anak 3 tahun sedang membina perkembangan bahasa dengan pesatnya. Banyakkan berbual dengan mereka DAN berikan sangat banyak ruang masa dan peluang untuk mereka berbicara dan menyampaikan idea.

Anak 3 tahun sedang membina keyakinan bersosial dengan orang disekelilingnya selain ahli keluarga. Berikan dorongan dengan memberi perhatian, respon dan Intonasi yang menyenangkan.

Anak 3 tahun sedang teruja mencuba sesuatu seperti kanak-kanak yang lebih besar, berikan peluang emas ini. Pendekkan step panjang kepada step yang Pendek dan mudah. Raikan kejayaan-kejayaan kecil.

Anak 3 tahun belum pandai berkongsi sepenuhnya. In Jadi kalau buat aktiviti, sediakan bahan untuk setiap anak mencuba sendiri. Nak cuba tuang air sendiri, nak cuba kupas telur sendiri, tanam pokok sendiri. Apabila anak tak dapat peluang ini, dan hanya melihat kawan buat, mereka akan frust.

Anak 3 tahun mahu didengari. Kalau boleh, mereka nak sangat orang dengar setiap kata-kata mereka. Kita sebagai pendidik dan ibu bapa, jangan conquer perbualan. Jangan tunggu dah nak habis sesi, baru beri anak bercakap. Mungkin pada waktu itu, idea mereka dah tak relavan dah.

Diraikan usaha, dipuji karya. Walau bagaimanapun hasil karya anak 3 tahun, yang paling penting adalah diraikan usaha. Buat terbalik, senget, tak kemas, ini semua perkara kedua. Memenangi persepsi anak tentang kebolehan diri mereka adalah kerja mahal. Jangan matikan minat mereka dengan komen-komen yang terlalu mahukan yang terbaik.

Anak tiga tahun sudah boleh menconteng dan membentuk sesuatu. Sediakan pensil, kertas dan medium yang pelbagai untuk mereka mengekspresi contengan dan lukisan mereka. Cuba bertanya dan biarkan mereka bercerita apakah lukisan yang mereka buat itu. Kita boleh tuliskan di atas kertas yang sama, apa yang anka cerita mengenai lukisan itu. Pastikan Ada tarikh. Di situ kita boleh lihat perkembangan anak.
Diberikan peluang melukis, adalah penting kerana mereka belajar menguasai motor halus. Ini adalah Perjalanan awal kepada minat menulis kelak. Lukisan-lukisan ini adalah jurnal mereka.

Anak 3 tahun, mereka sudah pandai menterjemah objek-objek yang berkaitan dengan kehidupannya. Jadikan storytelling bersama mereka, penyambung cerita kepada objek-objek ini. Disinilah masuknya peranan bercerita dengan anak, samada bersama buku atau tanpa buku.

Mereka suka aktiviti fizikal. Rimas mereka kalau anda mahu mereka beraktiviti dalam bangunan seharian. Kerana itu perlu ada aktiviti outdoor dalam sehari itu. Beri ruang untuk tenaga mereka dikeluarkan. Disitu mereka membina banyak kemahiran yang sukar didapati dalam bangunan. Ajak berkebun, korek tanah, siram pokok, petik buah, main gelungsur.

Anak 3 tahun perlukan pembelajaran aktif. 5 pancaindera mereka digunakan dengan baik. Buat projek di meja sepanjang hari memang tak sesuai untuk mereka. Jangan sedih kalau mereka tak mahu dengar arahan kerana aktiviti kita tak sesuai dengan umur mereka.

Kalau dah 4 tahun tapi belum capai yang di atas? Setiap di atas, ada kepentingan masing-masing. Walaupun dah masuk 4 tahun, cuba usahakan capai step di atas, kerana ia asas kepada banyak perkembangan lain.

Anak 3 tahun, adalah guru kepada kehidupan kita. Kehadiran mereka, mengajar kita erti banyak perkara yang tiada dalam buku. Beri laluan buat diri mereka meraikan proses perkembangan ini dengan baik. Beri laluan juga buat kita untuk belajar, perbaiki, terima kekurangan, dan kita perbaiki lagi.

Recommended Articles

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?