Bantu kuasai 5 perkara ini dahulu supaya senang belajar membaca kelak

Berada dalam dunia pendidikan anak-anak, membuatkan saya lebih peka tentang apa yang berlaku. Ramai antara kita mahu terus ajar anak membaca.
.
Ramai juga mengharapkan guru membuat perubahan pantas pada anaknya.
.
Seperti bercakap, anak-anak memerlukan foundation yang kuat, long before they actually can speak. Begitu juga membaca. Perlu ada foundation dulu.

Otak anak-anak perlukan asas-asas yang kuat untuk membantu
mereka memahami dunia mereka. Bantu mereka dengan polish ini:
.
1. Bercakap
Sentiasa bercakap dengan mereka dan pastikan mereka on tract. Anda boleh dedahkan kepada perbualan harian yang melibatkan aktiviti yang kita sering buat. Hadirkan suasana yang menggalakkan anak untuk rasa nak bercakap juga, antaranya ialah dengan keramahan kita.

Pastikan anda tak bercakap seorang, dapatkan respon dari anak. Berkomunikasi mengikut kesesuaian level mereka. Saya ada tulis di sini: https://naluriparentingcafe.com/index.php/2015/10/29/10-cara-galakkan-anak-bercakap/

2. Object Recognition Skills
Anak-anak, sebelum dia nak kenal huruf A, huruf B,C , mereka perlu sudah dibiasakan mengenali objek sekitarnya. Dah boleh cerita ini gajah, ini harimau, ini bapak dinasour, ini ada tanduk, ini tiada tanduk, ini warna merah, monyet tu warna coklat, burung tu warna putih, apa terjadi pada burung tu.

Di sini saya gabungkan sekali mereka kenal objek dalam konteksnya. Maksudnya mereka mengenalinya dan dapat relatekan dalam dunia sebenar. Gunalah macam-macam toys dirumah untuk menjadikan ia satu stimulasi yang menyeronokkan contohnya main cerita dinasour dan kawan-kawan.

Hari lain, anda libatkan permainan lain pula yang membantu mereka mengenali objek lain. Nak guna buku untuk achieve target ini? Silakan sangat-sangat. Main cari-cari gambar, anak buat cerita sendiri dari gamabr di buku tu pun silakan, raikan imaginasi mereka dengan gambar-gambar yang mereka lihat. Buatlah bunyi objek yang dilihat, tukar intonasi kasi menarik..
.
.
3. Attention Skills
Biasanya anak antara 2-4 tahun, mereka aktif ke sana-sini. Mereka seronok ekspore macam-macam. Kita tak boleh terus paksa mereka tiba-tiba berubah kepada duduk diam baca buku. Bantu anak untuk fokus dengan wujudkan aktiviti untuk mereka.

Lihat apa minat mereka dan bantu mereka fokus melalui itu. Ada yang suka lego, ada yang suka melukis, mewarna, menggunting, pasang-memasang, isi beads dalam botol ini semua membantu mereka. Boleh explore lagi macam-macam aktiviti untuk membantu fokus anak. Btw, jangan lupa dedahkan anak kepada alam semulajadi. Ada peranan penting dalam membantu mereka untuk tenang dan fokus.

4. Tactile Skills
Tiidak dapat dinafikan, anak-anak amat perlu tectile skills ini. Deria sentuh mereka perlu sentiasa dirangsang dengan pelbagai tekstur dan aktiviti. Meramas pasir, bermain biji-biji kacang, menggunting, painting, bermain air, menggunakan pelbagai alat adalah amat bagus.

Ini akan membantu meransang otak mereka yang kelak akan membantu perkembangan emosi, bahasa dan banyak lagi. Boleh explore: Messy Play & Sensory Play Activities. Mulakan yang senang dulu ya.

5. Minat Explore Buku!
Sebagai orang dewasa, sukakah kita belajar sesuatu yang kita tidak minat? Sukakah kita untuk belajar sesuatu yang kita tak faham kenapa kita perlu belajar? Begitulah mereka.

Minat ini teramat sangat perlu kita bantu pupuk dahulu. Kerana ia makan masa. Macam mana nk bantu pupuk minat membaca? Panjang penjelasannya tapi yang paling mudah ialah wujudkan bonding dengan anak, seronok nak explore gambar je dulu.

Bantu anak untuk dapat relatekan buku dengan keseronokan. Tak payah sibuk dengan perkataan pun tak apa lagi. Gunakan buku tapi tajuannya untuk meransang minat dan target-target di atas dahulu. Ada banyak artikel saya dah tulis. Saya sangat recommend dengar kupasan bonda Noor Hayati Abdul Hamid di https://youtu.be/tPQAFtpLZag
.
.
Bermain/beraktiviti /Projek
Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada.

Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka.
.
.
Cuba fahami ini
Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka.

Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu.
.
.
Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.

Dah lama sebenarnya nak berikan penjelasan ini. Tapi asyik tergendala je. Moga bermanfaat buat semua.
.
Adakah artikel ini jelas dan membantu anda?

Recommended Articles

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?