Bantu Anak Jauhi Ketagihan Gadjet

Diskusi diskusi santai bersama teman teman dan insan yang dekat dengan saya, akhirnya saya nak tulis artikel ini.

Tidak dinafikan ramai antara kita pasti ada gajet di rumah. Ia banyak membantu kita dan tidak dapat dielakkan, ia juga ada mudaratnya. Situasi ini mungkin kita terasa terhimpit, terdesak, kerana kadang kala, kita ada urusan penting yang perlu siap dan akhirnya beri gajet kepada mereka.

Saya berpendapat tiada salahnya sekiranya ia dalam kawalan dan “within time limit”. Tetapi masalah yang berlaku, apabila mereka guna gajet sampai berjam jam, nak sangat, kalau tak dapat nangis, mengamuk dan lain lain.

Kesian pada anak kita, kebiasaan yang kita mulakan ini lama-kelamaan boleh menyebabkan mereka bergantung kepada gadget secara tidak sengaja. Mereka anak kecil. Tidak dapat berfikiran matang seperti kita. Mereka tidak dapat memikirkan rasional tidak boleh terlalu lama dengan gadget. Kita yang perlu bantu mereka

Bantulah anak kita untuk mencari MINATnya. Minat yang sangat mereka CINTAI. Ini memerlukan kerjasama dari kita sendiri. Agar minat ini mendorong mereka meneroka selain dari dunia gadget yang amat sempit.

Ada anak suka membaca, suka bermain Role Play, suka buat art & craft, suka buat experiment, ada yang suka conteng conteng buku, ada yang suka main kad, dan macam macam lagi.

Di zaman mereka ini, mereka mungkin kurang pendedahannya, kitalah yang bantu mereka mengeksplorasi peluang peluang yang ada. Usaha ini bukan sehari dua, ia memerlukan usaha berterusan dan tanpa jemu. Ada anak tidak suka perkara yang sama, dia suka tukar tukar. Ada anak yang memang asyik dengan sesuatu aktiviti sahaja.

Hakikatnya, ibu ayah mempunyai laluan mudah untuk lebih kenal dengan minat anak dan membuka laluan itu serta memudahkan jalannya. Kenapa nak susah-susah ni? Iya. Kerana kita tidak mahu anak kita jatuh cinta pada gajet. Untuk memastikan mereka tidak jatuh cinta pada gajet, kita perlu bantu mereka menggantikannya dengan minat yang lain.

Supaya tidaklah berlaku perkara perkara ini>>

Asal nak masak, terpaksa bagi gajet
Asal nak sidai baju, terpaksa bagi gajet
Asal nak siapkan kerja, terpaksa bagi gajet,
Asal nak bagi diam, terpaksa bagi gajet
Asal nak rehat, terpaksa bagi gajet

Mengapa saya tulis terpaksa?

Kerana saya pasti, bukan semua ibu bapa sukarela memberi, tetapi kerana TERPAKSA akibat tiada pilihan lain kerana kita penat, anak mengamuk, atau merajuk dan kita tak larat untuk layan. Kerana itu saya sarankan langkah yang baik adalah bersiap sedia sebelum keadaan ini berlaku.

Bersiap sedia dengan membantu mereka mencari minat lain dari gajet. Benar ia mengambil masa. Tetapi ia berbaloi. Mereka terasa ingin menggunakan gadget apabila tidak melihat ada perkara lain lebih menyeronokkan dari itu selain kebiasaan yang dilatih oleh otaknya sebelum ini.

Baca artikel saya seterusnya juga mengenai gajet: Bantu Anak Tak Dependent Pada Gadget

Semoga usaha ini, membuahkan hasil buat semua

Kami berhenti dahulu buat masa ini. Adakah artikel ini membantu anda? Mohon tuliskan di ruangan komen ya. Sekian Terima Kasih

Recommended Articles

5 Comments

  1. norsham binti abu johan

    Sangat membantu..

  2. Susah nak implementasi jika pasangan hidup pulak yang hantu gajet tidak boleh berenggang dengan gajet. Ini memberikan kesukaran untuk mendorong/mengawal anak2.

  3. […] GANTI tanam minat selain gajet:  https://naluriparentingcafe.com/index.php/2015/11/09/ganti-tanam-minat-selain-gajet/ […]

  4. Ya sgt membantu…

  5. sangat membantu

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?