Fokus Special Time Untuk Satu Anak

Square

Setiap anak yang dilahirkan, adalah istimewa & mempunyai karekter tersendiri. Mereka unik dan tidak sama.
.
Berbeza karekter, bermakna memerlukan pendekatan yang tidak exactly sama. Mungkin cara A, berjaya membuat anak pertama rasa dihargai, tetapi tidak bagi anak kedua. Begitu juga sebaliknya.
.
Si Abang mungkin Akan amat seronok apabila kita membuat eksperimen dengan alat elektronik. Si kakak, mungkin suka kita spend time untuk membuat glass painting.
.
Memahami keperluan setiap anak dan bagaimana yang membuat mereka gembira, adalah satu inisiatif yang perlu diberikan perhatian untuk perkembangan emosi anak. Ia bukan hal kecil.
.
Perkembangan emosi bagi kanak-kanak adalah amat penting. Rasa disayangi dan gembira akan mempengaruhi persepsi mereka terhadap persekitaran, tingkahlaku mereka, bagaimana mereka bersosial bersama Kita, adik-beradik dan orang lain.
.
Special time memberi ruang mengukuhkan komunikasi kita dengan anak. Wujudkan perbualan dengan bahasa-bahasa yang menghidupkan. Berapa ramai antara kita meremehkan gaya bahasa. Ambillah peluang ini, jadikan ia masa ini untuk anak connect dengan kita. Life is about connecting. Anak gen Z sangat perlu dibantu untuk connect dengan manusia secara lebih bermakna. Cabaran mereka adalah terdedah dengan dunia digital jauh lebih awal dari zaman kecil kita.
.
Special time untuk satu anak, membantu menampung kekurangan perhatian dan penglibatan kita semasa kita buat aktiviti beramai-ramai. Memang kita sayang semua anak, tetapi bukankan cinta perlu di buktikan, lebih-lebih lagi anak:)
.
Ibu atau ayah perlu buat kerja ini? Ibu dan ayah dua-dua perlu buat. Kita orang pertama yang anak kita kenali. Bantu mereka untuk memahami dan menyantuni lelaki dan wanita melalui kita. Komunikasi keluarga adalah hal yang penting. Ini peluang kita membantu masa depan mereka.
.

Untuk situasi saya, antara special time yang saya sangat suka ialah painting, drawing atau doodling dengan anak sorang-sorang. Kami menggunakan pelbagai media samada kertas, kaca, canvas, pen, cat air, acrilic paint, brush, sponge, tissue, cotton buds. Masa inilah mereka bercerita tentang kawan, tentang idea dan bertanya macam-macam soalan. Kadang kala boleh dengar mereka bernyanyi. Antara pengakhiran aktivti yang sangat best ialah apabila mendengar mereka cakap Thank you Mama!. Untuk anda dan anak-anak, fikirkan apa yang sesuai ya.
.
Tak semestinya aktiviti hebat dan complicted sampai tak buat-buat. Betulkan mind setting beraktiviti dan projek perlu gempak, hebat, lama. Tetapi buat apa yang mampu kita kawal. Kalau tengah penat, rehat dulu. Kalau memang ada anak yang perlu perhatian waktu kita penat, jangan pilih yang mendatangkan lebih banyak stress. Baring, dan borak-borang dengan anak itu, mungkin sudah bermakna sekali. Siram pokok bersama seorang anak sambil berbual, ajak anak siapkan air teh untuk makan dengan biskut kering bersama dengan anak mungkin cukup bermakna sekali.
.
Special time yang fokus untuk 1 orang anak sebenarnya sangat membantu mengurangkan Siblings Rivalry. Bukan itu sahaja, point pertama yang saya highlight tentang layanan pada anak yang disesuaikan dengan karekter juga adalah salah satu cara mengurangkan perbalahan antara adik beradik.
.
Tetapi, sempatkah 1 anak 1 waktu? Berapa kerap? Hal ini, memerlukan perancangan masing-masing mengikut kemampuan. Kalau memang tak praktikal 1 anak satu waktu, silakan buat apa yang sesuai tapi jangan tinggal terus. Kita perbaiki dan perlbaiki berdasarkan keadaan semasa.
.

P/s: Bercakap tentang Siblings Rivalry, saya akan recommend buku Siblings Without Rivalry karya Adele Faber & Elaine Mazlish. Ada sekitar 30 buah dengan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *