Sejauh Mana Flap Books Membantu Anak?

Square

Flap books secara umumnya ialah buku yang mempunyai tambahan bukaan di atas satu page. Dewasa kini, semakin banyak orang yang mencari Flap books untuk anak-anak. Apakah ia benar-benar membantu? Saya akan kupas serba sedikit ya.

 

 

Biasanya, buku yang ada tambahan features, dibuat untuk menarik MINAT. Fahami bahawa, MINAT akan mempengaruhi semangat ingin tahu anak. Mereka akan teruja untuk explore tanpa paksaan. Perasaan ingin tahu adalah sesuatu yang penting. Semangat ini perlu dipupuk berterusan.

.

Anak-anak akan belajar sangat banyak perkara sepanjang perkembangannya. Kita mahu anak kita belajar dengan minat, bukan terpaksa. Oleh kerana itu bahan atau suasana, atau pendekatan yang interaktif membantu usaha ini. Tanya diri anda sendiri, antara belajar duduk diam dengan belajar dengan pelbagai aktiviti, mana anda lebih meransang minat anda?

.

Pilih flap books berdasarkan keperluan anak. Ramai ibu bapa yang bertanya, samada buku itu dan ini, sesuai tak untk anak mereka? Kalau boleh, semua ibu ayah suka anaknya terus dapat baca. Tapi, penting ibu bapa kenalpasti apa target kecil anda mengikut perkembangan anak sekarang (bukan perkembangan anak orang lain).

.

Ada buku bagus untuk menarik minat tapi ada ada buku tak sesuai untuk belajar membaca. Ada buku bagus untuk bantu anak fokus, ada buku tak sesuai. Mengecilkan target kepada target kecil akan memudahkan kita memilih buku apa yang sesuai untuk target tertentu, dan memudahkan anak mencapainya.

 

Anak berumur 2-5 tahun

Ibu bapa yang anaknya di level ini, flap books digunakan untuk membantu mereka sukakan buku  dahulu. Ia membantu juga meransang perbualan. Gunakan ia sebagai sebahagian dari proses Story Telling dengan bahasa santai. Buku flap books bagi anak umur ini, bagus dicari yang tulisan besar sedikit, dan sedikit perkataannya.

Lakukan ini sehingga dia seronok berkongsi cerita dan boleh CONNECT kehidupan dia dengan cerita.Waktu ini anak nak faham konsep membaca, tulisan dan bercerita sebagai medium menyampaikan maklumat. Gambar buku boleh digunakan untuk bermain mencari objek yang mereka sudah biasa lihat di luar. Bantu mereka hingga mereka dapat ceritakan melibatkan nama-nama objek yang terlibat.

.

Contoh Flap book yang sesuai adalah USBORNE PEEP INSIDE SERIES

Anak berumur 5-9 tahun

Untuk anak yang mahu keseronokan eksplorasi maklumat banyak & interaktif, anda boleh cari buku flap books yang lebih detail. Ibu bapa atau pendidik boleh terlibat sama secara aktif untuk explore bersama anak. Keseronokan meneroka ilmu pengetahuan ini perlu diraikan dengan buku-buku menarik. Ketahui, bahawa semangat ingin tahu adalah enjin yang amat penting bagi seseorang untuk kekal meneroka ilmu.

 

 

Biasanya untuk anak berumur ini, sangat banyak pertanyaan dalam minda mereka. Raikan pertanyaan mereka dengan menggunakan buku-buku sebegini yang penuh maklumat. Ia menjadikan proses menuntut ilmu itu sesuatu yang seronok. Perlu diingatkan anak-anak di Malaysia rata-rata bersekolah formal sekurang-kurangnya 12 tahun ya. Jadi, perlu ada motivasi jangka masa panjang yang perlu dibina.

.

Buku yang sesuai untuk umur ini adalah USBORNE LOOK INSIDE SERIES

 

 

 

 

 

 

Adakah buku USBORNE flap books membantu anak boleh membaca? 

USBORNE flap books membantu anak membaca dengan cara yang dijelaskan di tulisan di atas. Adapun menjadikan ia sebagai program membaca secara direct, tidak disarankan kerana buku ini bukan disusun sebagai buku untuk Program Membaca sebaliknya untuk meransang minat ingin tahu. Untuk program membaca yang menggunakan buku cerita, kami sarankan gunakan Phonics Storybooks keluaran Oxford Reading Tree yang biasa digunakan disekolah-sekolah di UK.

 

Jadi, bagi anak yang sedang belajar membaca, tak bagus buku flap books? 

Bukan begitu. Sekiranya anda sedang dalam proses membantu anak membaca, jangan hanya sempitkan dengan buku Program Membaca setiap masa. Sebaliknya, adakan waktu untuk mereka belajar membaca dengan buku program membaca. Adakan juga buku-buku lain yang mereka boleh explore untuk meransang minat dan lain-lain fungsi diatas. Semasa anak  anda dalam proses belajar membaca, apabila menggunakan buku selain program membaca, biarkan anda yang membacakan buku tersebut. Buku lain memainkan peranan lain. Minat berterusan tetap adalah motivasi sangat penting dalam membina anak cinta menuntut ilmu sehingga mereka besar.

 

Memberi idea ibu bapa & pendidik mengajar

 

 

Fahami hakikat bahawa, pendidikan adalah proses melatih bagaimana berfikir. Proses ini perlu disantuni dengan baik. Bukan soalan-soalan bertalu-talu yang diperlukan. Bukan soalan mencabar minda yang manakutkan, tetapi berikan apa yang anak perlukan untuk umurnya.

Pertanyaan yang menarik, mampu menambahkan semangat ingin tahu seseorang. Bukan semua orang mampu memberikan soalan menarik menggunakan cara ini. Ramai orang merasakan memberikan soalan yang susah dan complicated, akan melatih pemikiran kritis anak. Pada pendapat saya, untuk anak berumur 9 tahun ke bawah,  melatih anak berfikiran kritis, perlu dimulai dengan soalan-soalan mudah yang sentiasa diraikan minatnya.

.

Basic ini amat penting sebagai motivasi kuat buat anak. Mulakan dan biasakan dengan ini dahulu, kemudian secara bertahap, barulah memasukkan persoalan yang lebih mendalam mengikut tahap perkembangan anak.

 

Contoh buku-buku USBORNE FLAP BOOKS yang meransang pertanyaan dan persoalan adalah USBORNE QUESTION & ANSWER SERIES

———————————————————————————————————————-

Bagi ibu ayah yang masih tercari-cari buku USBORNE Flap Books, sila grab Tawaran Pre-Order UK English Storybooks yang kami sedang lancarkan sehingga 5 May. InsyaAllah buku akan tiba sekitar pertengahan May ini. Harga pre-order adalah sekitar 5-13% diskaun dan pembelian RM 100 ke atas mendapat pos percuma. Semua ini TERHAD dan hanya untuk pembelian di website.

Klik  sini untuk lihat harga (tinggal 5 hari sahaja):

Klik di sini untuk bertanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *