Fokus Special Time Untuk Satu Anak

Square

Special time untuk satu anak, membantu menampung kekurangan perhatian dan penglibatan kita semasa kita buat aktiviti beramai-ramai. Memang kita sayang semua anak, tetapi bukankan cinta perlu di buktikan, lebih-lebih lagi anak:)

Setiap anak yang dilahirkan, adalah istimewa & mempunyai karekter tersendiri. Mereka unik dan tidak sama.

Berbeza karekter, bermakna memerlukan pendekatan yang tidaklah benar-benar sama. Mungkin cara A, berjaya membuat anak pertama rasa dihargai, tetapi tidak bagi anak kedua. Begitu juga sebaliknya. Si Abang mungkin Akan amat seronok apabila kita membuat eksperimen dengan alat elektronik. Si kakak, mungkin suka kita spend time untuk membuat glass painting.

Memahami keperluan setiap anak dan bagaimana yang membuat mereka gembira, adalah satu inisiatif yang perlu diberikan perhatian untuk perkembangan emosi anak. Ia bukan hal kecil. Perkembangan emosi bagi kanak-kanak adalah amat penting. Rasa disayangi dan gembira akan mempengaruhi persepsi mereka terhadap persekitaran, tingkahlaku mereka, bagaimana mereka bersosial bersama Kita, adik-beradik dan orang lain.

Special time memberi ruang mengukuhkan komunikasi dengan anak. Wujudkan perbualan dengan bahasa-bahasa yang menghidupkan. Ambillah peluang ini, jadikan ia masa ini untuk anak connect dengan kita. Life is about connecting. Anak gen Z sangat perlu dibantu untuk connect dengan manusia secara lebih bermakna.

Untuk situasi saya, antara special time yang saya sangat suka ialah painting, drawing atau doodling dengan anak . Masa inilah mereka bercerita tentang kawan, tentang idea dan bertanya macam-macam soalan. Kadang kala boleh dengar mereka bernyanyi dan meluahkan perasaan.

Mulakan yang mudah. Baring, dan berbual dengan anak itu, mungkin sudah bermakna sekali. Siram pokok bersama seorang anak sambil berbual, ajak anak siapkan air teh untuk makan dengan biskut kering bersama dengan anak mungkin cukup bermakna sekali.

Tetapi, sempatkah 1 anak 1 waktu? Berapa kerap? Kita cuba dahulu mengikut kemampuan masing-masing. Mulakan dahulu dengan yang mudah seperti berbual 5 minit yang bermakna. Sementara kita berikan perhatian pada satu anak, anak yang lain, pastikan berada dalam keadaan selamat.

Percaya tak, sebenarnya cara ini sangat membantu mengurangkan perbalahan antara adik beradik. Ia membantu membina rasa disayangi, dihargai dan sekaligus mengurangkan potensi pergaduhan antara adik beradik. Sebuah buku terkenal bertajuk Siblings Without Rivalry karya Adele Faber & Elaine Mazlish banyak mengupas isi ini secara mendalam

Buku ini ditulis oleh penulis buku bestseller antarabangsa dan telah diterjemah kepada Bahasa Melayu. Kupasan buku ini banyak memberi idea yang praktikal tentang apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.

Menariknya, pendekatan buku ini adalah bukan sahaja tips dari penulis, tetapi mereka mengupas isu dengan mendalam, melalui catatan aktiviti perbincangan mereka bersama sekumpulan ibu bapa. Salah satu diskusi mereka adalah melibatkan mengimbas masa lampau masing-masing dan melihat bagaimanakah impaknya sekarang, serta bagaimana untuk membantu anak-anak kini, mendapat pengalaman yang lebih baik. Ini membuatkan pembaca merasa seperti sedang turut serta dalam sebuah perbincangan

Buku ini juga menggunakan ilustrasi menarik untuk membantu memberikan kefahaman.

Buku ini amat digalakkan mendapatkannya di link ini:

http://naluriparentingcafe.com/shop/index.php?id_product=470&controller=product

Penulis juga menulis buku lain yang juga telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu.

Semua buku ini boleh didapati di sini: http://naluriparentingcafe.com/shop/index.php?controller=search&orderby=position&orderway=desc&search_query=adele+feber&submit_search=

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?