Bantu Anak Mengendali Emosi

Square

Oleh: Maryam Thoraya Arifin

Sudah sampai masanya untuk kita memberikan peluang untuk anak-anak di Malaysia menjadi seorang yang jauh lebih celik tentang emosi.
.
Emosi yang perlu untuk mereka kenalpasti statusnya dan bagaimana mengendalinya dengan lebih baik. Ia perlu dibincangkan bersama anak dengan lebih mendalam dengan pendekatan yang mesra anak-anak supaya mereka menjiwainya dan dapat mengaplikasikannya.
.
Sebelum itu, semua induvidu yang terlibat dengan anak-anak juga, kita harus sama-sama saling bentu membantu mencari kaedah-kaedah terbaik agar suara-suara anak ini didengari dengan lebih telus. Agar kita mampu membantu mereka mengendalikan emosi dengan lebih baik.
.
Apabila anak-anak celik emosi mereka, mereka lebih tahu mengekspresikannya dan lebih tahu apa yang perlu dibuat. Meraikan perasaan mereka membantu mereka mengurus tingkahlaku mereka. Tigkahlaku anak adalah suatu hal yang amat penting dalam perkembangan mereka. Jangan diabaikan.
.
Apabila anak lebih celik emosi, ibu ayah juga akan lebih alert apa yang berlaku dengan anak. Satu perkara yang penting untuk membantu anak mengurus emosi adalah memastikan kita “rapat” dengan anak. Maksud saya, anak-anak tidak terasa takut atau terasa tak nak cerita pada ibu ayah mereka. Gunakan sebaiknya masa bersama anak untuk mewujudkan ini.
.
Pentingkah mereka mesra dengan bahasa-bahasa emosi ini? Kawan-kawan, emosi ni adalah sesuatu yang kita lalui setiap hari sehingga anak-anak dewasa. Ia melibatkan latihan membentuk cara berfikir, membuat keputusan, berkomunikasi yang betul. Bagaimana mereka dewasa nanti, sedikit sebanyak dipegaruhi oleh bagaimana kita bantu mereka mencoraknya.
.
Bagaimana nak memulakan berbincang dengan anak mengenai emosi mereka?

.

Salah satunya, anda boleh menggunakan pendekatan buku cerita. Anak-anak sukakan cerita, kerana ia santai. Ia juga membuatkan anak tak terasa seperti kita ingin mengajar mereka. Contohnya, cari buku cerita yang gambarnya menarik, yang membincangkan dengan santai tentang perasaan ini, apa yang berlaku, apakah idea-idea yang boleh dilakukan apabila perasaan tersebut berlaku pada sang anak. Gunakan ini sebagai medium memanjangkan perbualan dan masuk dengan cara yang best, yang anak.
.

Gunakan ini sebagai medium memanjangkan perbualan dan masuk dengan cara yang best, yang anak. Menggunakan kaedah sebegini, membantu anak melihat permasalahan yang hampir sama dengan apa yang pernah mereka lalui tetapi anak lebih selesa membincangkannya kerana mereka merasa ia mengenai ORANG LAIN.
.

.
Anak lebih mudah untuk terbuka apabila kita membincangkan soal perasaan tetapi santai. Antara jumpa buku yang sangat menarik dalam hal ini, iaitu Learning To Get Along. Boleh lihat gambar buku pada gambar-gambar yang saya kongsikan. Antara kelebihan buku ini adalah ibu bapa pendidik juga mendapat banyak idea tentang cadangan bagaimana menyusun kata-kata dan aktiviti yang anak boleh buat bila berhadaoan dengan situasi berkaitan.
.

Anak saya suka projek Glass Painting

  .

Selain dari explore buku secara santai dan berbual dengan anak mengenainya, anda juga boleh menggunakan Art & Craft sebagai medium mengurus emosi anak. Saya sering menggunakan kaedah ini untuk anak-anak saya. Untuk menggunakan cara ini bagi anak, cuba cari apakah yang mereka suka?

Doodling adalah antara special time saya dengan anak

Cuba explore dan perbanyakkan percubaan untuk mengetahui apa yang mereka suka kerana Art & Craft ini sangat luas skopnya. Jangan paksa anak untuk buat perkara yang dia tidak suka untuk merawat emosi mereka. Apa akan terjdi sekiranya kita paksa? Ia sudah tidak merawat luka, tetapi menambah duka. ..
.

 Saya juga sering menggunakan art & craft. Ia sangat membantu saya mengurus emosi dan terasa ia amat “Me Time” untuk saya sendiri. Sebenarnya, topik Me Time perlukan artikel lain, ada banyak yang saya ingin kongsikan. Tetapi cukuplah dengan ayat bahawa untuk kita gembirakan anak-anak, kita sendiri perlu pastikan kita gembira. 

.

Akhir kata, kami doakan Kita semua menjadi ibu ayah yang lebih prihatin terhadap Emosi anak . Tidak lupa juga prihatin terhadap emoai sendiri . Apabila kita lebih prihatin, Kita belajar untuk memahami , membuang ego dan upgrade diri.
.
Adakah tulisan ini membantu anda anak-anak? Sekiranya ya, sudi-sudikan kongsikan pada orang ramai.

P/s: Bagi yang berminat dengan buku Learning To Get Along, ia adalah RM 17 sebuah dengan Postage RM 8 sahaja. Terus what’s App saya, Puan Maryam di http://www.wasap.my/60193861249/GetAlongSeries

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?