Projek Mama: Kisah Beraktiviti dengan Anak

Square
   Woww..rasa macam balik zaman kanak-kanak apabila buat lukisan atas batu dengan kanak-kanak ni. Tetapi kali ini banyak benda yang saya belajar untuk diri sendiri. Boleh baca tulisan ringkas di bawah:

BERAKTIVITI DENGAN ANAK: HASIL AKHIR LAWAN PROSES
==========================================
   Anak anak lumrahnya suka sangat beraktiviti dengan kita. Apatah lagi apabila kita turut terlibat secara aktif dengan mereka. Pelbagai soalan, kerenah, diskusi yang timbul sepanjang aktiviti berjalan, sudah tentu juga memberikan kepuasan dan kegembiraan buat si anak.

   Disini, bukan hasil akhir yang menjadi sungguh nikmatnya, tetapi PROSES sepanjang aktviti dengan mereka ini JAUH lebih penting. Bukan kekemasan, kecantikan, bukan fantastik yang menjadi objektif akhir, tetapi kasih sayang, pertuturannya, tolak ansurnya, pujukannya, kesabarannya, usahanya, sokongannya.Itulah yang jauh lebih penting.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?