MEMPERKENALKAN SEXUAL EDUCATION YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Square
   Karya buku P/S I LOVE MYSELF perlu diberi pujian dan penghargaan dalam usaha mendidik anak-anak tentang perubahan-perubahan yang mereka alami dalam menuju akhil baligh.

   Sudah lama sebenarnya saya tidak bercerita tentang buku P/S I LOVE MYSELF, hampir setahun rasanya. Kerana mungkin memperkenalkan buku ini memerlukan lebih tenaga dan akal fikiran sebagai bekalan perkongsian dengan orang ramai.

   Tetapi semasa saya tidak bekalkan buku ini ada doktor -doktor yang mencari buku ini. Kenapa ramai doktor mencari buku ini? Saya pasti sekali bukan untuk mereka , tetapi untuk pelawat dan pesakit di hospital atau klinik mereka. Karya buku ini perlu diberi pujian dan penghargaan dalam usaha mendidik anak-anak tentang perubahan perubahan yang mereka alami dalam menuju akhil baligh.

  Secara serius, saya rasa antara tanggungjawab kita kepada masyarakat ialah berkongsi cara untuk memperkenalkan anak-anak tentang organ-organ seksual mereka dan fungsi-fungsi yang sesuai dengan cara pemikiran mereka. Ramai kanak-kanak menjadi mangsa rogol disebabkan tipu daya lelaki. Sebab mereka tidak tahu kalau pergi hospital, terutamanya yang kerja di hospital kerajaan, mungkin dah banyak sangat jumpa kes-kes kanak-kanak dirogol atau remaja termengandung ini. Sama-sama pakat untuk bantu supaya anak-anak kita berada dalam persekitaran yang selamat. Yang pasti, semua ini tidak akan terjadi dengan kita jika semua orang buat, kemudian anak kita akan bersekolah dan bergaul dengan orang di luar.

   Antara diskusi santai dalam buku ini ialah: changes in your body, physical, and mentally, how a person can become pregnant, dan perhubungan lelaki perempuan. Tetapi ianya dijelaskan dalam bentuk yang sangat santai. Namanya pun baru hendak intro pada anak- anak.

   Semoga perkongsian ini memberi serba sedikit idea kepada kita, bagaimana untuk mendidik anak-anak perempuan kita tentang isu-isu sensitif ini dalam bentuk yang kreatif dan santai. Islam itu indah.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?