KEHEBATAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Square
NIATKU: Taat kepada Allah, “Dan hendaklah kalian berjihad dijalan-Nya”
(Al-Maidah 5:35)

SEMANGATKU: Berupaya dalam kesungguhan dalam melayani agamaku, agama Allah

TEKADKU: Aku akan  lututkan orang kafir dengan tenteraku, tentera Allah

FIKIRANKU: Terpusat kepada pembebasan, atas kemenangan dan kejayaan, dengan kelembutan Allah

JIHADKU: Dengan jiwa dan harta dan apa yang tersisa didunia setelah ketaatan pada perintah Allah

KERINDUANKU: Perang dan Perang, ratusan ribu kali untuk mendapatkan redha Allah

HARAPANKU: Pertolongan Allah dan kemenangan dari Allah, dan ketinggian negara ini atas musuh-musuh Allah

   Kesatria Islam yang menjatuhkan Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun. Di manakah kita pada usia 21 tahun? Kota yang direbuti, luar biasa kemajuanya dari segala aspek. Telah ramai pemimpin Islam yang berusaha mendapatkannya, tetapi ia akhirnya berjaya ditakluk oleh seorang yang terlalu jauh lebih muda!
Sultan Muhammad Al Fatih (1453) tetap susuk muslim sangat misteri bagi dunia kristian Barat. Wafatnya disyukuri oleh seluruh penjuru Eropah dan Italia bernafas lega kerananya. Ummat Islam kehilangan seorang kesatria yang telah mewakafkan seluruh kehidupannya untuk berjihad tanpa lelah. Dia adalah seorang yang dapat membuat perubahan besar dunia.

   Kejayaan Sultan Muhammad Al- Fateh, bukanlah sekelip mata, ia berlaku dengan perancangan yang amat rapi dari segala aspek, termasuklah ilmu, ibadah, khidmat ahli professional, dan lain-lain. Kekuatan ibadah dan pengharapan kepada Allah yang sangat tinggi bukan sahaja pada Sultan Muhammad Al FATEH, tetapi kepada ahli pasukannya, sungguh kemenangan hadir dengan kepimpinan terbaik oleh pasukan terbaik.

   Peranan pendidikan Sultan Muhammad Al Fateh dilihat sangat signifikan terhdap kejayaannya. Bapanya, Sultan Murad II telah menetapkan guru dan ulamat ulama terbaik untuk mendidik anaknya, bukan sahaja dari segi ilmu keagamaan, tetapi termasuklah ilmu-ilmu yang penting termasuk sejarah sejarah perang para Nabi dan Sahabat.

   Perkongsian menghidupkan jiwa ini banyak terdapat dalam buku Muhammad Al Fatih 1453. Kekuatan buku ni ialah pada gaya penulisan. Kita seperti berada dalam tempat tersebut atau seperti sedang menonton movie.

Klik disini untuk melihat kupasan berbentuk poster:

 

Klik disini untuk mendengar sediri kupasan oleh penulis: http://www.youtube.com/watch?v=fu1kjM3a03s

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?