P/s : I love Myself

Square
   Bila anak perempuan kita mula menunjukkan perubahan emosi, fizikal, apabila anak perempuan kita menghampiri akhil baligh, bagaimana kita dapat membantu mereka? Sanggup atau tidak kita biarkan mereka tanpa pengetahuan dan biarkan sahaja mereka mencari-cari sendiri tentang apa yang mereka sedang alami?

   Dengan teknologi dan dunia tanpa sempadan ini, lambakan ilmu sudah ada hingga mencurah-curah, tetapi anda memilih untuk membantu mereka mencari atau memilih untuk membiarkan mereka mencari?

   Di saat tarikan tarikan negatif diluar sana, sungguh beruntung anak perempuan yang di bantu oleh ibubapa mereka untuk memahami keadaan keadaan baru mereka. Agar mereka tidak tergelincir dengan jerat-jerat dunia yang sangat halus lagi memukau.

   Sungguh bertuah sianak apabila ibu ayah memahami bahawa mereka ingin diperkenalkan dengan cara yang santai, tenang dan gembira.

   Sekiranya ini yang dicari oleh anda, bagi membantu anak-anak yang menuju baligh (seawal 7-8 tahun) mahupun yang sudah remaja, ada buku yang istimewa yang di tulis oleh sorang pakar perbidanan dan sakit puan Hospital Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed yang bertajuk P/S I Love Myself.

Maklumat buku:

  • Gaya penyampaian penuh bergambar dan santai.
  • Ayat mudah di fahami ( Bahasa Melayu).
  • Dibantu oleh jadual, dan peta minda yang mudah.

Isi buku:

  • Apakah haid.
  • Bagaimana ia terjadi.
  • Apakah yang berlu di lakukan.
  • Sehinggalah persoalan yang lebih rumit seperti bagaimana seorang remaja boleh mengandung dan bahayanya zina.

Biodata penulis: http://www.apsh.kpjhealth.com.my/drariza

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?