HEBATNYA BAPA SULTAN MUHAMMAD Al FATEH

Square
   Itulah pengaruh kehebatan PENDIDIKAN yang diterima Sultan Muhammad Al-Fateh, daripada bapanya Sultan Murad II.
——————————————————————————————

“Sungguh, Konstantinopel akan ditaklukkan oleh kalian. Maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan yang menaklukkannya” (HR. Ahmad)

   Sultan Muhammad Al-Fateh bukan lahir dengan tiba-tiba menjadi hebat. Peribadi beliau telah dilatih sejak kecil lagi. Semangat membara menakluk kota Konstantinopel telah ditanam sedari awal. Kisah Sejarah Islam adalah antara pelajaran kegemarannya.

  Sultan Murad II, bapa Sultan Muhammad Al-Fateh menaruhkan perhatian yang besar terhadap pendidikan. Beliau telah mengundang ulama-ulama besar dari seluruh penjuru dunia Islam untuk menetap dan mengajar diwilayah kesultanan Utsmani. Untuk anak-anaknya, beliau yang telah memilih guru dan ulama terbaik.

   Sultan Murad II sering mengunjungi anak-anaknya untuk mendidik anaknya secara langsung dan bertukar fikiran untuk membentuk pandangan hidup sekaligus menanamkan pada anaknya tentang penaklukan Konstantinopel. Bahkan kerap mengunjunginya untuk bertanyakan perancangan anaknya untuk menakluk Konstantinopel.

   Sultan Murad II selalu mendidik anak dengan praktik langsung di lapangan. Beliau juga sering melibatkan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam perang- perang yang dia lakukan sewaktu usianya masih belasan tahun. Pendek kata, Sultan Murad sentiasa menekankan bahawa kewajiban bagi pemimpin untuk selalu berjalan lebih awal daripada yang dipimpin, pemimpin selalu berada didepan, baik dalam perang mahupun PEMIKIRAN.

 Subahanallah hebatnya pendidikan yang beliau terima daripada bapanya. Sungguh inspirasi daripada sejarah Islam, banyak sekalai menekankan aspek pendidikan, dan pendidikan pertama adalah daripada ahli keluarga sendiri.

   Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kekuatan untuk memikul amanah-Mu, menjadikan mendidik anak-anak kami sesuai dengan zamannya..

Rujukan: Muhammad Al Fatih 1453, karya Ustaz Felix Siaww.

Klik di sini untuk melihat kupasan berbentuk poster:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.659521607417334.1073741835.342030919166406&type=3&uploaded=5

Klik di sini untuk mendengar sediri kupasan oleh penulis: http://www.youtube.com/watch?v=fu1kjM3a03s

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?