Bedah buku: Reclaim Your Heart

Square
   Perasan atau tidak, ramai di antara kita suka membuat aktiviti, projek, dan macam-macam yang menarik untuk anak kita. Fitrahlah tu kan, mesti semua orang suka begitu. Tapi perasan atau tidak, banyak impian kita tidak akan terhasil apabila jiwa kita tidak tenang?

  Perasan atau tidak, bila jiwa tidak senang, akan membunuh semua impian kita :

  • Yang kreatif menjadi langsung hilang kreatif
  • Yang cantik menjadi buruk
  • Senyuman bertukar masam
  • Bahagia bertukar sengsara
  • Segalanya dicuri oleh JIWA YANG TIDAK TENANG

   Cukuplah kehidupan mendidik kita untuk mencari solusi diatas segala ujian hidup. Jangan dibiarknnya menjadi parah, kerana kita punyai ramai insan yang memerlukan kasih sayang kita.

   Cukuplah kita membiarkan diri kita dalam keadaan terumbang-ambing, tidak tahu ke mana untuk dituju, cukuplah sandiwara yang kita buat untuk diri kita sendiri. Sedangkan diri kita AMAT BERHARGA NILAINYA, apabila kita hampir dengan ALLAH.

   Kupasan mengenai JIWA ini banyak dikupas di dalam buku karya YASMIN MOGAHED, Reclaim Your Heart.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?