Bedah Buku: Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak

Square
 BAHAGIA DENGAN ILMU MENDIDIK
   “Pertama kali membaca buku Prophetic Parenting, hati saya sangat gembira, seolah-olah mendapat tips luar biasa kepada pelbagai cabaran mendidik anak.

   Luar biasa rasanya, bermula dari gaya penyampaian yang mudah, disusun dengan perbincangan-perbincangan beserta contoh daripada insan teragung Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Tutur kata Baginda , kelakuan Baginda tehadap anak kecil, semuanya disertakan dengan bukti hadis dan rujukan serta kisah para sahabat dalam berhadapan dengan kanak kanak. Ia sebuah bahan bacaan yang perlu dibaca bukan sahaja apabila kita sudah ada anak atau berhadapan dengan pelbagai cabaran mendidik mereka, tetapi sebelum berkahwin lagi sebagai persediaan membentuk peribadi seorang ibu ayah.

   Membaca buku ini menyedarkan saya, bahawa cabaran dalam mendidik anak, memerlukan kita sebagai ibu bapa membuat perubahan menyeluruh, bukan sekadar menukar teknik itu dan teknik ini,  tetapi tetapkan fikiran kita yang harus sentiasa redha, lemah lembut kita, ayat-ayat kita dengan anak-anak. Terlalu banyak rupanya perubahan dalam diri kita yang kita boleh lakukan untuk manfaat semua.”- testimonial seorang ibu 3 orang anak 2-6 tahun.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?