Bedah Buku: Saat Berharga Untuk Anak Kita

Square

APABILA KITA MARAH YANG MENGIKUT EMOSI

   Anda pernah marah yang keterlaluan? Atau marah itu adalah kebiasaan sehari-harian? Atau anak sudah COP kita sebagai pemarah? Anda sedih dengan keadaan itu? Pastinya tiada siapa yang suka menjadi orang yang pemarah terutama kepada anak.

   Saya kongsikan sedikit tentang isi daripada buku kegemaran  saya  iaitu Saat Berharga Untuk Anak Kita. Tentang kebiasaan marah anak, marah bukan mendidik tetapi marah untuk melepaskan geram melayan amarah melebih-lebih.

    Marah sebegini, lambat laun marah dan teguran kita tidak akan efektif, malah menambahkan kenakalan si anak. Sedangkan kesalahan anak-anak kecil ni, tidak berdosa pun mereka, malah kita yang banyak dosa tak pula kena marah.

   Buku ni menyentuh bahawa, apabila anak membuat salah, melayan emosi geram amarah kita, SEBALIKNYA mengajarkan konsekuensi (akibat) daripada buat salah. Contoh mudah, sekiranya anak tidak mahu mandi, kita ajar anak dengan memberi kefahaman kepada mereka tentang apa akan terjadi apabila kita tidak mandi, BUKAN marah-marah anak.

   Sebab memang betul dia akan ikut sebentar, tapi akibatnya dia akan lebih mengikut cara kita apabila mahukan sesuatu. Mereka juga akan kasar dengan orang  sebab mereka ini peniru kita.

   Dan perkara seterusnya, kemarahan kita kepada mereka yang sentiasa membuak-buak akan menyebabkan kita menanam didalam jiwa mereka untuk memberontak.

Saya akhiri sentuhan buku ini, dengan ajakan untuk ibubapa sentiasa berusaha dan terus berusaha lagi untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kesabaran.

Moga bermanfaat, dan sebarkanlah sekiranya ia bermanfaat.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?