Travelog Mama: Anak Mandi dengan Kerbau?

Square
   Subahanallah, pengalaman semalam adalah pengalaman luar biasa kami membawa anak-anak ke program masuk ladang bersama anak-anak di Indonesia.

    Sekiranya anda ke Indonesia, anda jangan fokus pada membeli-belah sahaja ya. Ada sesuatu yang menarik pada tempat-tempat Wisata Edukasinya disini. Ayat mudahnya, berjalan sambil belajar. Untuk saya, ia amat menenangkan jiwa apabila kita dapat berinteraksi dengan alam, jauh dari hiruk-pikuk kota.

    Untuk program semalam, alhamdulillah Ammar dan Raihan sempat mengikuti aktiviti cabut pokok kangkung dan basuh pokok, mandi dalam kolam sekali dengan kerbau..( ini yang paling tidak boleh lupa), bagi lembu makan rumput, dan, memproses tempe.

   Sebenarnya ada program keibubapaan juga. Tapi tidak jadi sebab ibubapa sibuk mahu mengikuti anak, haha. Disini bukan anak-anak sahaja mendapat pengalaman luar biasa, tetapi Alhamdulillah seisi keluarga. Berjaya juga saya meneuramah penggerak-penggerak program. Ternyata terdapat inspirasi luar biasa. Pengurusnya mendukung program keusahawanan sosial, berbakti dan berniaga. Mereka punyai aktiviti sosial mereka dan untuk membiayainya, mereka berniaga.

Review

   Sungguh, terasa amat bersyukur dengan peluang ini. Sungguh Allah pemberi nikmat kepada sesiapa yang DiA mahu dan kepada-Nyalah tempat kita kembali.

“Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”Ar -Rahmanayat 21.

   Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta atas usaha luar biasa mengusahakan kami sekeluarga untuk mengikuti program ini.

   Terima kasih kepada ibu ayah kami kerana semasa kecil sering membawa kami berjinak-jinak dengan alam. Mengizinkan kami berkhemah, masuk hutan dan berkawan dengan binatang dan pokok-pokok. Rupanya, anak-anak kami pun suka. Sungguh pendidikan alam mempunyai seribu satu pengajaran. Walaupun alam tidak mampu berbicara tetapi ia berbicara dengan caranya yang tersendiri..
 
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar,lagi MahaPengampun.
“Al Isra’ ayat 44.

 “Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut(lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Luqman: 27)

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?