Screaming Free Parenting ( Review 2)

Square
   Bukan sedikit tragedi yang tidak diingini ini berlaku. Malah, ia langsung tidak dipinta oleh ibu bapa. Tetapi ia sering mematikan kreativiti ibu bapa dalam mendidik.

   Merawat keadaan ini memerlukan kita membuat refleksi tentang cara kita mengelola emosi. Emosi yang diuruskan secara positif boleh membantu ibu bapa menjadi lebih tenang sekaligus meransang tindakan-tindakan positif terhadap anak.

   Cuba bayangkan, sekiranya kita membiasakan memarahi yang melampau dan sedikit demi sedikit kita menyumbang kepada pembentukan karekter negatif anak kita apabila mereka dewasa nanti, sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Mudahkah kita untuk memperbetulkan keadaan? Manakah yang lebih baik, membentuk tingkahlaku mereka semasa kecil atau memperbaiki tingkahlaku mereka apabila dewasa kelak?

   Sungguh, semua ini bukanlah sesuatu yang akan berlaku sekelip mata, tetapi ia PELUANG untuk kita menjadi ibu bapa yang jauh lebih hebat. Ibu bapa boleh menambahkan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan permasalah ini sebagai ikhtiar untuk kita. Hadiri seminar ceramah, diskusi, dan memperbanyakkan membaca.

   Tips-tips mengelola emosi ibu bapa secara positif boleh didapati di dalam buku Screaming Free Parenting yang membahaskan cara mengelola emosi secara positif oleh penceramah keibubapaan.

Info lanjut mengenai buku yang dirujuk di atas ialah:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?