BERJUANG MEMAHAMI JIWA ANAK

Square

 

   Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza-beza. Minat dan kebolehan mereka juga berbeza. Mengharapkan anak sama seperti adik beradik yang lain atau rakan-rakan yang lain akan hanya menjadikan kita tertekan.

   Sama-sama kita raikan kelebihan dan kekurangan mereka, kita ambil semuanya dari sudut yang positif, insyaAllah.

  Perbezaan-perbezaan ini lebih mudah untuk kita raikan apabila kita memberikan masa istimewa untuk kita dengan anak. Dengan cara ini kita dapat luangkan masa untuk memahami mereka.

   Kita dapat lihat, bagi anak A, apa kelebihannya, dan bagaimana membantu dia meningkatkan lagi kebolehannya. Apa pula cabaran yang dihadapi olehnya dan strategi manakah yang sesuai untuk anak A. Strategi manakah pula yang tidak sesuai untuk anak A.

   Sama-sama kita berusaha untuk memahami mereka, semoga dengan cara ini, mereka juga akan belajar untuk memahami ibu ayah mereka juga. Sungguh, mereka ialah permata hati kita di dunia, dan bekalan berharga untuk ke SANA.

 Ya Allah Ya Tuhan kami, permudahkanlah kami memikul amanahMu Ya Allah.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:
THE MUSLIM PARENT’S GUIDE TO THE EARLY YEARS

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?