PROPHETIC PARENTING: MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK

Square
   Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir. Sungguh Allah Maha Penyayang meminjamkan kita ilmu mendidik anak-anak yang Allah amanahkan kita untuk menjaganya.

   Di saat kita buntu bahgaimana mahu kawal anak-anak kita ini. Teknik apa yang sesuai sebenarnya? Cara apa yang betul?

   Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dalam buku Prophetic Parenting-. Cara Nabi Didik Anak mengenengahkan bahawa apabila kita berhadapan dengan salah laku anak, mencari inti (dasar) kepada kesalahan itu, sangat membantu kita, sebagai panduan untuk kita memilih cara yang sesuai untuk kita membetulkannya.

   Langkah mengeluarkan akar (punca) kesalahan dilihat menunjukkan hasil yang LUAR BIASA dalam aktiviti pendidikan,di mana ia di sandarkan kepada:

  1. Kesalahan dalam pemahaman, iaitu si anak tidak ada pemahaman yang betul tentang sesuatu, sehingga dia melakukan kesalahan.
  2. Kesalahan dalam aplikasi- anak tidak dapat selesaikan sesuatu tugasan atau aktiviti dengan baik dan tidak terlatih melakukan sesuatu kerja sehingga dia melakukan kesalahan.
  3. Kesalahan terletak pada anak sendiri yang sengaja melakukan kesalahan termasuk memiliki jiwa pemberontak.

   Oleh sebab itu, mencari dasar kepada kesalahan anak sangat membantu kita untuk memilih kaedah apa yang sesuai.

Indahnya Ilmu-Mu wahai Tuhanku.

Info lanjut mengenai buku yang dirujuk di atas ialah:

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?