Frust Orang Tak Layan Kita Bercakap?

Square

 

    Pernah rasa perasaan macam ini dengan anak? Atau kita pernah terasa begitu apabila orang tidak layan bercakap dengan kita.

   Keadaan ini mungkin berlaku terutama semasa kita sedang ada urusan-urusan lain yang perlu di uruskan. Akhirnya terjadilah anak bercakap seorang, anak bercakap, mak ayah beri tindak balas tetapi anak masih geram. Sebab tindak balas hanya sepatah dua, atau sebab tidak melihat muka mereka. Akhirnya mereka merajuk.

   Sama-samalah kita tutup semua gangguan sebentar, tutup tarikan-tarikan lain sebentar, untuk bersama-sama menjayakan komunikasi efektif dengan ahli keluarga.

   Gurau senda, nada suara yang menyeronokkan, perhatian yang diperlukan, perbincangan yang menyeronokkan. Mereka juga akan merasainya, dan kita juga akan merasainya.

   Mereka belajar dari pengalaman tersebut, walaupun ia tiada dalam buku, pengalaman berharga ini mereka akan ulang dan ulang. Hasil dari pemerhatian mereka sendiri yang akhirnya menjadi automatik dalam otak pemikiran mereka.

Info lanjut mengenai buku di atas boleh dirujuk melalui link ini:
THE MUSLIM PARENT’S GUIDE TO THE EARLY YEARS

Bagaimanakah artikel ini membantu anda?