Naluri Parenting Blog

Cara Ini Boleh Pupuk Semangat Ingin Tahu Kanak-Kanak

5 Siri Komik ini Sesuai dengan Kanak-Kanak 7-12 Tahun

20 Indoor Activities For Kids

Idea Aktiviti Membaca Bersama Kanak-kanak

Membina Generasi Hebat, Bermula dari Rumah

Fokus Special Time Untuk Satu Anak

10 Cara Galakkan Anak Bercakap

Apakah keperluan anak-anak 2-6 tahun anda?

Ada Apa Pada Anak 3 Tahun

Bantu kuasai 5 perkara ini dahulu supaya senang belajar membaca kelak

Cara Ini Bantu Anak FOKUS Apabila MEMBACA

Tips Bercerita Dengan Anak

Bantu Anak Mengendali Emosi

Sejauh Mana Flap Books Membantu Anak?

Bantu Anak Tak Dependent Pada Gadget

3 Perkara Penting Raikan Potensi Anak

9 Cara Memupuk Kerjasama Anak

Bantu Anak Jauhi Ketagihan Gadjet

Kisah Mama: Beraktivti Dengan Anak

Kisah Mama adalah perkongsian mengenai bagaimana Pn Noor Hayati Abdul Hamid atau Mama Yati mendidik 7 orang anaknya. Perkongsian ini akan membahasakan ‘Kami’ sebagai mewakili anak-anak Mama Yati. Semoga perkongsian ini menjadi contoh praktikal untuk kita semua

Speaker PnNoorHayati1

Santai dan Bersahaja

Beraktiviti dengan Mama biasanya santai dan seronok. Kami seronok kerana di layan. Masa inilah Mama akan beri pendapat dan saling bertukar pendapat dengan kami, bersesuaian dengan umur.

Aktiviti Gempak? 

Haa, mesti semua tertanya apa aktviti kami buat. Bukan aktivti guna bahan gempak mana pun. Bahan-Bahan semulajadi dan yang mudah didapati sahaja.

Rutin kemas rumah. Kemas rumah menjadi keseronokan kami kerana buat beramai-ramai dengan gembira. Mop lantai, basuh dapur, hidang makanan semua ini menjadi kepuasan buat kami.

Khemah-khemah: Bukan dari khemah betul tapi dari cadar. Bila dah besar sikit baru guna canvas, kayu dan khemah yang betul.

Cat: Kami mengecat cat sana sini atas kaca, atas batu, atas macaroni, atas kayu sehingga mengecat menjadi kegemaran kami. Apabila kami remaja, kami cat bilik sendiri.

Kertas: Mama memberi peluang kami berkarya menggunakan bahan terbuang dan pelbagai jenis kertas yang lain. Kami sibuk mencuba. Mama juga turut serta dan teruja kebiasaannya.

Tanam Pokok: Aktiviti tanam menanam adalah aktiviti kegemaran kami. Bermain dengan tanah, gembur tanah, tukar pasu, siram pokok, pergi nursery adalah hobi keluarga.

Hargai idea: 

Mama hargai idea anak walaupun sebenarnya tak cantik dan comot. Kadang hasil kerja di FRAME dan dipamerkan. Membuat kita teruja. Mama tak memaksa untuk kita mengikut idea Mama. Apabila kami buntu, Mama membantu kami mencari solusi, bukan terus membuat keputusan untuk kami.

Tidak kalut

Ramai antara kita bila beraktivti, akan bertambah kalut. Tapi Mama kebiasaannya akan fokus bersama kami dan melayan dengan tenang keperluan kami. Habis mama siapkan kerja waktu bila? Jawapannya, Mama memang tidak suka kalut jadi Mama akan mencari waktunya yang tenang untuk menyelesaikan kerja-kerjanya.

Beri hadiah atas usaha kecil

Mama memberi keyakinan dengan menghadiahkan sesuatu atas usaha usaha kecil. Contohnya kemas bilik dan kami dapat reward wang syiling pada ketika itu

Pupuk Minat

Dari mana dapat idea buat projek? Tidak dinafikan, di rumah, di bekalkan selautan buku untuk kami explore. Jadi kami dapat banyak idea di sana. Buku bukan buku pelajaran yang formal sangat pun, tetapi buku idea kraf dan projek serta banyak buku cerita

Biasa dan Sederhana

Apabila kami dewasa dan berkeluarga, ia meninggalkan satu pelajaran bermakna sekali buat kami renungi dan harga.

  1. Apabila mengendalikan anak, kami tidak perlu terlalu perfectionist dengan apa yang kita mahu, tetapi memberi ruang untuk eksplorasi selagi tidak bahaya dan boleh dikawal.
  2. Tidak mengapa menjadi berbeza. Nanti besar pasti kita akan amat menghargai betapa perbezaan ini membantu kita mencari makna kehidupan
  3. Bahan-bahan buat beraktiviti dengan anak: tidak semestinya gempak, di beli atau mahal. Boleh jadi bahan terbuang, barang dapur dan apa yang senang di capai di rumah sahaja.
  4. Saya tak kreatif: Jangan paksa diri untuk kreatif secara tiba-tiba. Bukan kesalahan kalau kita belajar melalui meniru idea untuk tujuan buat projek dengan anak. Jadi boleh lah explore idea di google dan youtube!
  5. Beraktivti dengan anak adalah satu PROSES, bukan destinasi. Ia amat berharga untuk di lalui dengan gembira.
  6. Beraktiviti dengan anak akan melibatkan banyak negosiasi. Dan bila kita biasakan negosiasi dengan anak, anak juga akan mudah bernegosiasi dengan kita.
  7. Akhir sekali, hebatnya beraktivti dengan anak bukan pada kecantikan projeknya, tapi pada usaha kita menganyam skills dalam kehidupan mereka.

Semoga terinspirasi dengan KISAH MAMA ini!

InsyaALlah,  Pn Noor Hayati (Mama Yati) akan menyertai

Children Activity Day (PERCUMA) di Kuala Terengganu

Klik di sini untuk info lanjut

kt

 

INSPIRASI AHMAD AMMAR